SHAH ALAM, 17 SEPT: Rakyat negeri ini dinasihatkan merujuk saluran betul sebelum berhujah menggunakan nama agama.
SHAH ALAM, 16 SEPT: Semua lapisan masyarakat negeri ini diseru menjauhi perbuatan menghukum dengan menggunakan agama sewenang-sewenangnya, selaras titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
SHAH ALAM, 16 SEPT: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan mengambil tindakan tegas terhadap pegawainya jika terbabit dalam aktiviti memecahbelahkan umat Islam.
SHAH ALAM, 15 SEPT: Semua pimpinan politik perlu mengambil serius titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebagai isyarat dan mesej jelas agar berhenti memperalat agama bagi meraih sokongan.
SHAH ALAM, 12 SEPT: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menyeru semua pemimpin politik khasnya senior dan veteran supaya mengelak daripada memecahbelahkan rakyat di negara ini.
SHAH ALAM, 12 SEPT: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menyeru pemimpin politik supaya tidak memperalat agama bagi meraih sokongan dengan memangsakan rakyat untuk kepentingan diri.
SHAH ALAM, 8 SEPT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor mengingatkan umat Islam tidak menjadi penyebar fitnah sebaliknya sentiasa menyampaikan berita yang benar.
KUALA LUMPUR, 6 SEPT: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah membuat dan menghantar komunikasi jelik terhadap Sultan Selangor serta gagal memberikan kata laluan di laman Facebook miliknya.
SHAH ALAM, 30 OGOS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor mahu rakyat menzahirkan semangat patriotisme dalam perpaduan jitu dan keharmonian utuh demi mengekalkan kemakmuran ekonomi negara.
SHAH ALAM, 29 OGOS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan mengurniakan watikah pelantikan anggota Majlis Agama Islam Selangor (Mais) kepada EXCO agama baharu hari ini.
SHAH ALAM, 28 OGOS: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menyeru institusi tahfiz swasta dan persendirian yang belum berdaftar dengan pihak berkuasa agama Islam negeri untuk segera melaksanakannya.
SHAH ALAM: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berharap polis segera mengesan kumpulan yang melempar fitnah kononnya pusat tahfiz dan sekolah agama persendirian di negeri ini ditutup.
SHAH ALAM, 28 OOGOS: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menzahirkan harapan negeri-negeri yang masih belum menganggotai Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dapat menyahut pelawaan dan menganggotai platform musyawarah majlis itu secara rasmi.
SHAH ALAM, 25 OGOS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 peringkat negeri.
KLANG, 21 OGOS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menitahkan semua pihak supaya tidak bermain politik keterlaluan sebaliknya membawa Selangor maju dari segi pembangunan dan ekonomi.
SHAH ALAM, 21 OGOS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menitahkan Kerajaan Negeri untuk memberi tumpuan kepada usaha pemulihan ekonomi dan kos sara hidup rakyat.
KLANG, 21 OGOS: "Ingatlah jangan kerana kita menyangka bahawa kita cukup popular di kalangan rakyat sehingga bertindak memperlekehkan sesiapa yang tidak sehaluan dengan fahaman politik masing-masing, malah sanggup pula hadir ke Selangor dengan melempar cacian melampaui batas." Demikian titah...
SHAH ALAM, 15 OGOS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj kembali sihat selepas menjalani prosedur perubatan di luar negara.
KUALA LUMPUR, 13 OGOS: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menziarahi Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di London, United Kingdom, semalam.
SHAH ALAM, 21 JULAI: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bimbang sekiranya amalan fitnah dan caci maki ketika pilihan raya negeri (PRN) tidak dibendung akan menjadi lebih parah sehingga memecahkan umat Islam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.